Thursday, November 29, 2018

Hari Gaji

Hari Gaji


alhamdulillah, bulan ke-2 bayar gaji pekerja, walaupun gaji sendiri tak seberapa, yang penting hasil jerih payah pekerja kita lunaskan, gunakan pendekatan bayar secara tunai dan berdepan demi mewujudkan ukhuwwah antara majikan dan pekerja
.
sambil² berkongsikan sedikit ilmu tentang kewangan, sambil² tegur tentang kepentingan kerja kerana Allah, sambil² kita cuba memahami mengapa dia melakukan kecuaian
.
bulan seterusnya, kita tawarkan 'zero error allowance' untuk tidak menghukum kesilapan tetapi meraikan kesungguhan dan ketekunan serta fokus

Enche' Pejal
*Boss Kedai Baju - Tak Bergaji

Monday, November 26, 2018

Keibubapaan

bukan setakat fekah sahaja yang menimbulkan polemik, perbezaan pendapat, ada banyak perkara lain dalam hidup ini kita berbeza pendapat, itu tak jadi masalah, yang jadi masalah bila semua produksi pendapat kita sahaja yang benar, daripada orang lain, kita tentang, kita bangkang, bukan biasa², keras dan membingungkan...

parenting atau keibubapaan juga antara yang tidak sunyi dari polemik pelbagai 'mazhab' dengan tumbuh ramai sifu² yang cuba berkongsi tips dan panduan mendidik anak².

aku cuma merasakan, anak kita, dari keluarga kita, darah dan daging kita, dari bawah bumbung rumah kita, tak akan sama dengan anak sifu² yg lahir di bawah bumbung yang berbeza.

mana nak tahu, anak bukannya suatu yang empirikal, mesti lakukan A untuk dapatkan B, ia adalah abstrak, kau lakukan A mungkin jadi B, datang atok dan neneknya, bawa 'acuan' mereka sedikit, tiba² jadi D, datang pula tokwan dan tok akinya, mana tahu jadi R, belum campuran acuan kejiranan, adik beradik, engkau sendiri, engkau bukan sifu, engkau hanya pembaca buku parenting yang sedang kagum dengan cerita² sifu² itu. .

namun tips yang paling hakiki, dengan namanya keibubapaan, mestilah persefahaman ibu dan bapa itu sendiri, kalau ibu tak pernah setuju dengan bapa dan bapa asyik bekeng dengan ibu, maka itu hanya menghasilkan keibuan atau kebapaan sahaja, duduk berbincanglah semula, kerana keibubapaan anda tidak kemana, percayalah! . .

Encik Pejal
*bukan pakar parenting
*hanya ayah ber'anak' 7

Tuesday, November 20, 2018

Salam Mawleed Ar-Rasul!

Salam Mawleed Ar-Rasul


Walaupun tarikh sebenar lahirnya insan agung ini sering menjadi perbalahan dan pertikaian akan ketepatannya. Malah tak kurang juga polemik wajar disambut atau tidak. Namun kita sebagai manusia yang pastinya sangat dahagakan syafaat baginda tidak mahu terlepas dalam perebutan tiket 'keringanan' landasan ke syurga.
.
Dalam kita meragui akan keabsahan tentang kewajaran sambutannya, adalah amat wajar kita telah memenuhkan setiap saat hidup dan nafas kita dengan impak mawleednya Rasul Agung ini. Jika kita sekadar berdegar lantang menempelak hukum, namun di suatu sudut lainnya, kita ber'nabi'kan dan ber'sunnah'kan Marvel Comic dan Avengers serta Storm Troopers (main sebut je), adalah lebih baik kita semak semula akan kelayakan kita untuk memperoleh syafaat insan agung ini. Siapa yang kita agungkan? Siapa yang kita promosikan?
.
Biar kita jadi manusia yang berpendirian, teguh menentang kewajaran sambutan, namun di sisi satu lagi, kita adalah manusia yang paling tegar dengan sunnahnya, dari bermula celik di pagi hari, hinggalah alam memanggil untuk beradu. Perlakuan kita, mulut dan hati kita tidak lekang dengan berselawat ke atas baginda. Sesuai dengan sabdaan baginda,
.
Dari Ubai bin Ka'ab, r.a. katanya: "Ya Rasulullah!  Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?" Baginda bersabda:  "Sekadar mana yang engkau suka"; Aku berkata:  "Aku hendak untukkan sesuku dari masaku"; Baginda, bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka,  dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku berkata:  "Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku" Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku berkata: "Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masa Baginda bersabda: "Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu"; Aku berkata: "(Jika begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan"; Baginda bersabda: "Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu"
.
(Tirmizi, Imam Ahmad dan al-Hakim)

Sunday, November 18, 2018

Majlis KONVO Pra-Sekolah: Suatu Permulaan

Majlis KONVO Pra-Sekolah: Suatu Permulaan


Trend mengadakan majlis konvokesyen di peringkat pra-sekolah bukanlah sesuatu yang baru.
.
untuk aku yang tak pernah merasa pra-sekolah, tadika, mahupun taska, hanya sekadar 'home-schooling' bersama kaklong, kakngah, ayah dan CikAni (adik ibu) memang tak faham apa kefungsian dan tujuan majlis konvo ini.
.
tapi satu yg aku jelas dan faham, majlis ini sangat bagus untuk mempromosikan tadika² swasta serta mempamerkan kemampuan dan upaya sekolah² tadika itu.
.
walau apa pun, rakan² ibubapa sekalian, raikanlah hari sibuk guru² tadika ini mempersiapkan anak² anda, setelah penat mendidik setahun, mereka 'bonus'kan lagi dengan melatih anak² membuat persembahan.
.
akhir kata dariku seorang yg 'tak sekolah' tadika ini, Let's enjoy!!!

Encik Pejal,
Bapa yg tak sekolah (tadika).