Monday, March 26, 2012

[Ulasan Filem] Seefood

Kawan tak makan kawan!

Sebuah filem animasi kolaborasi Silver Ant Production dan Al-Jazeera's Children Channel.

15 minit pertama filem animasi ini memang akan membuatkan orang berfikir, "Gileeee slow cite nih."

Oleh kerana saya menonton filem ini bersama anak-anak, maka penilaian saya banyak bersandarkan kepada 'tindak balas' dan respon daripada mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, permulaan cerita membuatkan saya berpandangan dengan isteri saya, dia pun berbisik, "Apa nih?"  Bosan yang tak dapat disorok. Firzanah dipangkuan saya asyik menikmati "pop corn" diselang selikan dengan meneguk air. Wah, santai 'anak dara' saya ni.

Tetapi selesai menghabiskan "pop corn" dan air, dia minta untuk duduk di 'arm rest' di antara saya dan isteri, duduk gaya santai sambil menonton. Okay, dia sedang asyik.



Berkat ketekunan memerhatikan babak demi babak. Akhirnya, cerita sampai juga ke bahagian 'sedikit' lucu dan sulaman mendebarkan tahap minor.

Namun memerhatikan cerita ini secara keseluruhan, ia mengisahkan persahabatan antara Julius si 'white tip shark' dan Pup si 'bamboo shark' bersama beberapa spesis hidupan laut seperti Mertle si penyu, Octo si octopus, dan Spin si Pari.. Dua spesis jerung yang jauh berbeza sifat walaupun dari 'keluarga' besar yang sama.


Cabaran apabila 'adik-adik' Pup ditangkap oleh penjarah-penjarah spesis terancam laut. Pup begitu bersemangat untuk menyelamatkan mereka. Julius yang tidak sanggup untuk membiarkan kawan baiknya berjuang bersendirian cuba untuk membantu.

Ada sedikit 'politik' dari laut dalam, sepasukan crayfish diketuai belut elektrik cuba untuk menjadikan spesis-spesis laut lain sebagai 'kenduri' mereka. Untuk mencapai impian itu, mereka harus membuatkan Julius si white tip shark untuk pergi jauh dari kawanan itu. Spin yang selama ini hidup dalam ketakutan, takut dimakan oleh Julius, bersekongkol dengan Murray untuk memastikan Julius pergi jauh.

Animasi untuk kanak-kanak tidak salah mempunyai 'unsur' tidak logik dan ya, filem ini ada elemen itu. Tidak logik apabila Octo 'bijak' membuat mesin untuk mereka naik ke darat. Tidak logik apabila si Pup mampu menolak troli berisi air ke laut. Dari unsur tidak logik ini timbul kelucuan. Jadi, biarkanlah. :)


Apa pun, lima bintang untuk hasil kerja animasi yang sangat cantik bagi saya. Tiga bintang untuk jalan cerita yang 'agak' menarik, sekurang-kurangnya si ayah dan si ibu ada sesuatu untuk ditonton, tidak hanya menemankan anak-anak. Tiga bintang lagi untuk usaha memperkenalkan 'panorama' Malaysia.

Penilaian dari anak-anak; asyik dan tekun, leka dan tidak 'sebosan' menonton filem Captain Amerika: The First Avenger. :)

Friday, March 23, 2012

[Ulasan Filem] Dam 999

Sebuah filem kolaborasi BizTVNetwork yang berpangkalan di UAE bersama Warner Bros.

Bahasa di dalam filem ini 90% menggunakan bahasa inggeris, sekali sekala terdengar bahasa-bahasa tempatan tamil, telegu, hindi dan malayalam.

Secara dasarnya, filem ini memaparkan kisah sebuah empangan 'lama' yang telah bertahan sejak ratusan tahun. Namun seperti kita semua sedia maklum, Hindustan dan kisah cinta adalah sesuatu yang sukar dipisahkan. Di sebalik lamanya empangan ini terselit sebuah kisah cinta ter'halang'.

Poster yang agak menarik
Konflik cinta yang agak 'kalut' apabila Vinay seorang pekerja kapal jatuh cinta dengan 'anak angkat' keluarganya, Meera namun terhalang oleh ramalan horoskop bapa Vinay yang merupakan seorang pakar rawatan tradisional dan pengamal astrologi yang hebat. Pesakit dan apa sakitnya yang akan datang mampu diramalnya.

Satu daripada contoh 'petaka' yang menimpa dek kerana cinta terlarang ini, ibu Vinay mati di saat antara mereka timbul berahi tatkala keduanya berlatih berlawan pedang. ;-) Itu baru berahi...
Vinay by Vinai Rai
Demi untuk mengelakkan petaka yang lebih hebat, Vinay meninggalkan kampung halaman untuk menyambung pengajian lalu mendirikan rumah tangga bersama seorang gadis kolonial, Sandra. Namun, antara mereka ibarat jarum jam, saat dan minit, tidak sama fungsi dan tidak sama lajunya.

Setelah sekian tahun lamanya, Vinay pulang ke kampung halaman untuk bertemu ayahnya demi mengubati anaknya Samuel yang menghidap penyakit kencing manis. Cinta lama berputik kembali apabila bertemu Meera yang masih setia menemankan ayah mereka.

Meera by Vimala Raman
Pada masa yang sama juga, Durai, datuk bandar di situ mempertahankan untuk membina empangan baru. Durai merupakan menantu kepada datuk bandar kolonial terakhir di situ yang berkahwin dengan adik kepada Kapten Frederick yang merupakan rakan rapat Vinay. Durai mempergunakan statusnya sebagai menantu bekas datuk bandar dan keadaan isterinya yang kurang upaya untuk meraih simpati orang ramai demi kerjaya politiknya.

Cinta lama antara Vinay dan Meera yang berputik kembali telah menyebabkan mereka melakukan hubugan terlarang. Nafsu mendepani segalanya. Langsung, sama ada secara kebetulan atau kerana 'petaka' Vinay dan Meera, empangan baru itu terdapat beberapa kebocoran. Suasana semakin kalut apabila hujan turun dengan lebatnya. Adakah hubungan terlarang ini benar-benar membawa 'petaka'?

Di ukur dari sudut konfliknya, cerita ini ada kekuatan. Dari sudut pemilihan pemainnya, ada antara mereka yang gagal membawakan watak dengan baik. Dialog kedengaran agak janggal. Walaupun oleh pelakon-pelakon berkulit putih sendiri.

Satu-satunya kekuatan filem ini, penggunaan set yang sangat baik, bersih dan kemas. Bandar dengan bangunan yang teratur dan tersusun. Kesan khas tidak banyak, hanya saat limpahan air yang banyak menghanyutkan bandar. Tapi itu sudah cukup dan bersesuaian.

Wednesday, March 21, 2012

Lagu Si Botak

Where Have All The Boot boys Gone

I still remember those glory days
Where no one dared to get in our ways
It only seems like yesterday
Seeing boots and braces all the way

We used to live out on the streets
We used to drink and used to steal to eat
We shared the joy and we shared the pain
I've never thought you'd call it a day

We were so proud
We were so strong
But now where have all the boot boys gone?
The joy we had
The pain we shared
Are always on my mind.

 
Lagu yang membakar semangat street warriors aku...
Lagu yang buat aku perasan poyo-poyo 'skinhead' army...padahal 'boot' bola pun aku tak pernah beli...
Lagu nih jugak aku layan jamming dengan rakan-rakan yang sepatutnya dah baligh, tapi berkelakuan seperti kanak-kanak yang baru nak ada halkum...

Special tribute untuk kawan-kawan se'band' aku dulu...Faiz, Ajai & Yait...



Tuesday, March 20, 2012

[Ulasan Filem] Lima Elang The Movie

Sekali elang terus elang!

Satu lagi kisah yang meng'inspirasi'kan. Seperti Laskar Pelangi, filem ini juga punya nilai-nilai persahabatan yang agak menyentuh hati. Lingkup persahabatan yang tidak lahir kerana persamaan, namun lahir dengan menepis buang sifat penting diri.

5 Elang


Baron lakonan Christoffer Nelwan yang kecewa kerana harus turut serta ibu dan ayahnya ke Balikpapan jauh meninggalkan Jakarta adalah seorang kanak-kanak kota yang sangat meminati permainan kereta kawalan jauh. Meminati mekanikal dan mahir matematik. Baginya, 'rakan' adalah yang turut sama meminati apa yang diminatinya. Tidak tahu tentang kereta kawalan jauh? "Kau bukan kawan aku." Christoffer mampu membawakan watak kanak-kanak yang memberontak.

Rusdi, anak yang ditinggalkan ayah tanpa 'sebab' serta ibu yang bekerja jauh di Hong Kong hanya tinggal bersama nendanya merupakan seorang ahli pengakap yang sangat optimistik dan positif. Jelas kelihatan di raut wajahnya. Kredit untuk 'team' pemilihan pelakon filem ini. Iqbal Dhiafakhri Ramadhan dengan jayanya membawa watak ini.

Anton, lakonan Teuku Rizky Muhammad seorang yang mahir dengan api dan merupakan satu-satunya rakan yang sangat memahami Rusdi. Kanak-kanak gempal yang sinonim dengan makanan.

Aldi, watak yang dibawa oleh Bastian Bintang Simbolon ini merupakan seorang yang bertubuh kecil namun besar egonya. Satu kehebatannya adalah berenang.

Sindai, lakonan Monica Sayangbati bukanlah anggota asal pasukan pengakap Elang. Gadis yang bertubuh lebih besar dari gadis-gadis lain ini sering menjadi 'mangsa' buli di dalam pasukannya. Dia merasakan dirinya dilayan tidak adil dikalangan rakan-rakan gadis yang lain.

Kelima-lima mereka ini mula 'bersatu' saat permainan terakhir sewaktu perkhemahan di hutan. Apabila Baron yang fokusnya untuk pergi ke pameran kereta kawalan jauh meninggalkan pasukan itu lalu dituruti oleh Aldi dan Sindai. Rusdi yang selama ini sentiasa positif seakan menerima tamparan hebat dengan tindakan rakan-rakan sepasukannya. Anton cuba menenangkan Rusdi tapi sayangnya mereka ditangkap oleh penjenayah hutan. Saat Baron tiba di pinggir pekan sambil melihat jurnal milik Rusdi, dia merasa terpanggil untuk bertanggungjawab menunaikan 'impian' Rusdi untuk menjadi pengakap terbaik.

Pelbagai momen menarik disajikan oleh filem ini. Walaupun ia santai dan berupa linear naratif namun konflik kanak-kanak yang sukar difahami ini sangat menarik.

Sunday, March 18, 2012

[Ulasan Filem] Soundtrack - Hindi Movie

Memaparkan sebuah kisah sebenar seorang penggubah lagu yang pekak. Ya, semua orang pun tahu tentang ini, lebih-lebih lagi tentang Beethoven.

Apa yang menarik tentang filem ini?

Raunak Kaul lakonan Rajeev Khandelwal, seorang penggubah muzik yang sangat-sangat menggemari muzik. Mewarisi bakat dari mendiang ayahnya, Parth Kaul. Bukan setakat bakat menggubah malah 'bakat' ketagihan arak serta rokok dan dadah yang sangat melampau.

Tiada 'konflik' yang menyayat hati sehingga dia kehilangan deria pendengaran. Kekurangan yang sama seperti lelaki yang 'mati pucuk' bagi seorang penggiat industri muzik.

Soundtrack - What the F!
Dari minit pertama cerita ini semuanya berkisar kerjaya Raunak di kelab malam serta kehidupan sosial yang penuh dengan parti dan keseronokan. Tak bagus!

'Turning back' cerita ini apabila dia mula sedar betapa hidup perlu diteruskan walaupun tidak mampu mendengar. Dia cuba untuk belajar bahasa bibir dari seorang gadis yang sejak lahirnya telah mengalami cacat pendengaran, Gauri lakonan Soha Ali Khan.

Kisah cinta bermula setelah sejam 15 minit. Hebatkan? Sesuatu yang jarang berlaku dalam cerita hindustan.

Si Pekak Gauri.
Antara 'key point' pengarah cerita ini untuk membezakan si gadis yang pekak sejak lahir dan si jejaka yang baru pekak ini adalah sebutan 's' yang ala-ala Shiela Majid. "Syaya syuka syayang syaya". ;-p

Si Hero Pekak
Cerita yang agak menginspirasikan, tapi terlalu dibayangi kisah Ludwig Beethoven, si penggubah lagu yang juga pekak.

Moral cerita, jangan 'over' kalau sedang di puncak kejayaan. Teringat si Jalut yang dok cakap telinga dia pun hampir-hampir 'hilang' pendengaran. ;-p

[Ulasan Filem] Battlefield Heroes

Sebuah filem aksi komedi Korea tahun 2011 yang memaparkan kisah peperangan pada abad ke-7.

Perang antara sebuah negara kecil di selatan Korea, Shilla menentang sebuah negara yang lebih besar di utara, Goguryo. Namun Shilla membuat pakatan dengan Dinasti Tang di China sambil menjanjikan daerah Baekje sebagai perjanjian.

Poster - Ihsan Wikipedia
Plot yang menarik apabila General utama Goguryo mati di dalam satu petempuran lalu mewariskan misi seterusnya kepada anak keduanya Yeon Nam-Geon yang lebih 'bersemangat' juang berbanding anak sulungnya Yeon Nam-Saeng yang lebih suka memilih jalan perundingan.

Konflik menjadi lebih hebat apabila Nam-Saeng diusir dari kem Goguryo dengan menggunakan 'catapult' ke kem tentera Shilla. Nam-Saeng telah menjadi penasihat utama kepada Jeneral tentera Tang, ini telah membimbangkan Ketua Jeneral Shilla yang mempunyai niat untuk memenangi peperangan tanpa menggunakan bantuan tentera Tang.

Sub-plot (agak penting hingga menjadi plot utama) yang menimbulkan kelucuan apabila tentera kerahan Shilla dari Baekje; Thingamajig lakonan Lee Mun Shik tertangkap sewaktu serangan ke kubu Goguryo. Dengan penuh perasaan dia telah menyampaikan 'mesej' melalui corong pembesar suara untuk menjatuhkan semangat tentera-tentera kerahan Shilla yang lain. Sebagai balasan hajatnya untuk 'berkahwin' ditunaikan. Satu-satunya wanita yang ada di dalam kem tentera Goguryo adalah Gap-Sun lakonan Seon Woo-seon.

Seon Woo-seon
Lee Mun Shik
Secara keseluruhan cerita ini mempunyai plot dan subplot yang ringan dan ringkas. Aksi yang tidak keterlaluan seperti filem-filem epic yang lain. Tiada adegan pancung-pancung, atau tangan dan kaki berpisah dari badan.

Namun, dari segi 'jumlah' pelakon tambahan filem ini harus dipuji (jika dibandingkan dengan filem melayu). ;-p

Rekabentuk set juga kelihatan bersungguh-sungguh walaupun sekadar khemah perang dan kubu batu. Pakaian tentera juga tahap 5 Bintang, cukup dengan kotoran, rumput kering dan lumpur. Sangat bersungguh-sungguh.

Saturday, March 17, 2012

Minggu Melawat Kedah

Kedah, selalunya memang tidak pernah tersenarai sebagai lawatan aku sekeluarga. Kenapa?

Fuhh, TOL RM40++, minyak RM50++. Pergi balik, dapatlah jumlah RM200 tambah tolak.

Tetapi yang menarik tentang Kedah yang menyebabkan ku gagahi jua diri ini adalah pemandangan bendang dan pulau lagendanya.

Muzium Padi; punya idea yang sangat hebat walaupun kelihatan sumber yang agak terhad. Namun ia tetap lebih hebat dari muzium NEGERI di Negeri Sembilan (maaf orang Negeri 9, kerajaan negeri anda harus lebih bijak tentang ini). Walaupun seputar padi, padi dan padi, ia tetap mampu menarik perhatian dan meletakkan sekian banyak 'barang' pameran dan maklumat-maklumat berguna.

Antara tarikan utama muzium ini, lukisan pemandangan bendang dan perkampungan dari puncak Gunung Keriang. 5 Bintang!

Muzium Padi, Alor Setar.
Pemandangan Dari Menara Alor Setar.
Menara Alor Setar.

Secara dasarnya, Kedah tidak banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Dua yang utama yang agak menarik untuk lawatan bersama 'anak-anak' adalah Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang dan juga Menara Alor Setar.

Lokasi saja-saja untuk bergambar; silalah ke Istana Anak Bukit. Walaupun tidak sehebat Istana di ibu negara, namun ia tetap punya 'seri' tersendiri. :)

Gambar ni biasa-biasa je, tapi sebab wife aku comel, nampak cantik gambar ni kan?
Pulau Lagenda; Pulau Langkawi.

Mungkin Negeri Kedah terlalu menumpukan pelancongan hanya di pulau ini, makanya Kedah itu sendiri tidak punya banyak lokasi yang menarik. Terpaksalah kita ke Pulang Langkawi ini.

Seperti Melaka, Langkawi juga mampu untuk dilakukan 'day trip' visit. Namun, lokasi-lokasi terpilih tidak termasuk aktiviti 'laut' atau 'island hopping'.

Antara yang tidak harus dilupakan; Makam Mahsuri.

Makam ini sering menjadi tumpuan kerajaan negeri untuk penambahbaikan. Dari Makam yang hanya makam berserta tabung derma yang entah 'siapa' punya. Kemudian 'diletakkan' tiket masuk, walaupun sekadar menziarah makam dan telaga. Tapi kini, lokasi sekitar makam telah menjadi sangat menarik. Dengan adanya, 'muzium' Mahsuri beserta pekampungan beliau ia menjadi Kota Warisan Mahsuri, lawatan ini memang sungguh terasa bagai menziarah zaman lampau lagenda wanita cantik ini.

Sekali lagi, kredit untuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan Negeri Kedah atas usaha penambahbaikan ini. 5 Bintang lagi!

Alfatihah untuk Nenda Mahsuri
Teratak Mahsuri dan Keluarga.
Dapur Keluarga Mahsuri.
Lokasi Seterusnya; Gunung Mat Cincang.

Di sini juga membuktikan usaha pelancongan sangat giat dijalankan. Dari semata-mata kereta kabel, kawasan ini telah menjadi sangat-sangat menarik dengan pembinaan 'perkampungan oriental' di kawasan sekitar kereta kabel ini. Pertambahan berbanding lawatan aku yang terakhir; jambatan gantung antara 2 puncak, silalah uji tahap kegayatan anda di sini.

Tukang ambek gambar ni lebih gayat dari mereka ini.
Lokasi seterusnya; Telaga Air Hangat.

Secara dasarnya, kawasan ini telah menjadi sangat cantik dan menarik. Satu usaha yang sangat membanggakan untuk tujuan pelancongan. Tapi sayangnya ia tidak dihargai 'pelancong' walaupun masuk adalah percuma. Penat berjalan memang seronok untuk anda rendamkan kaki di air 'hangat'.
Selesa...
Tidak seperti kolam air panas yang lain, fasiliti di sini sangat selesa dan menyenangkan.

Jika masih ada kesempatan masa, silalah melawat pantai pasir hitam dan taman buaya.

Tak sempat? Baliklah, feri terakhir jam 7pm. Cabuutttt...!!!

Apapun, Kedah dan Langkawi memang layak untuk dapat 5 Bintang walaupun sekadar 'day trip'.

Sekian, terima kasih.

as-salam
1.30pm Puchong, Selangor.

Wednesday, March 14, 2012

Printer Banner~~

Tu dia haaa...kakak aku ada printer banner. Aku printer kertas pun takdak. Hahaha.

Takpala, kalau ada sapa2 nak print banner habaq mai kat aku noe, nak design pon boleh, abang aku otai design.

Aku? Apa pon tak tau...tolong adik beradik meniaga jaa...

Ok cukup, plan arinih nak pi muzium padi. Haaaaa???? Muzium lagik....hehehe, minggu melawat Kedah sempena cuti sekolah.

As-salam.
2.39pm, Bandar Darul Aman.


Tuesday, March 13, 2012

Bukan Penjenamaan Semula ~~

Metapoorah, kelahiran semula.

Setelah melalui liku-liku sukar, dari satu tapak ke satu tapak, akhirnya bertapak di 'blogger.com'.

Menggantungkan 'nama kedai' metapoorah.com...cuba mencari identiti yang lebih artistik walaupun seakan kepada spastik dan slapstik. Tetap ingin melonjakkan rasa melankolik.

Kali ini, konsep lebih dipermudahkan. Idea, lontar, komentar, ilmu, muhasabah.

Sekian, terima kasih.

as-salam,
Puchong,
3.30pm; Mac 13, 2012