Saturday, March 17, 2012

Minggu Melawat Kedah

Kedah, selalunya memang tidak pernah tersenarai sebagai lawatan aku sekeluarga. Kenapa?

Fuhh, TOL RM40++, minyak RM50++. Pergi balik, dapatlah jumlah RM200 tambah tolak.

Tetapi yang menarik tentang Kedah yang menyebabkan ku gagahi jua diri ini adalah pemandangan bendang dan pulau lagendanya.

Muzium Padi; punya idea yang sangat hebat walaupun kelihatan sumber yang agak terhad. Namun ia tetap lebih hebat dari muzium NEGERI di Negeri Sembilan (maaf orang Negeri 9, kerajaan negeri anda harus lebih bijak tentang ini). Walaupun seputar padi, padi dan padi, ia tetap mampu menarik perhatian dan meletakkan sekian banyak 'barang' pameran dan maklumat-maklumat berguna.

Antara tarikan utama muzium ini, lukisan pemandangan bendang dan perkampungan dari puncak Gunung Keriang. 5 Bintang!

Pemandangan Dari Menara Alor Setar.
Menara Alor Setar.

Secara dasarnya, Kedah tidak banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Dua yang utama yang agak menarik untuk lawatan bersama 'anak-anak' adalah Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang dan juga Menara Alor Setar.

Lokasi saja-saja untuk bergambar; silalah ke Istana Anak Bukit. Walaupun tidak sehebat Istana di ibu negara, namun ia tetap punya 'seri' tersendiri. :)

Pulau Lagenda; Pulau Langkawi.

Mungkin Negeri Kedah terlalu menumpukan pelancongan hanya di pulau ini, makanya Kedah itu sendiri tidak punya banyak lokasi yang menarik. Terpaksalah kita ke Pulang Langkawi ini.

Seperti Melaka, Langkawi juga mampu untuk dilakukan 'day trip' visit. Namun, lokasi-lokasi terpilih tidak termasuk aktiviti 'laut' atau 'island hopping'.

Antara yang tidak harus dilupakan; Makam Mahsuri.

Makam ini sering menjadi tumpuan kerajaan negeri untuk penambahbaikan. Dari Makam yang hanya makam berserta tabung derma yang entah 'siapa' punya. Kemudian 'diletakkan' tiket masuk, walaupun sekadar menziarah makam dan telaga. Tapi kini, lokasi sekitar makam telah menjadi sangat menarik. Dengan adanya, 'muzium' Mahsuri beserta pekampungan beliau ia menjadi Kota Warisan Mahsuri, lawatan ini memang sungguh terasa bagai menziarah zaman lampau lagenda wanita cantik ini.

Sekali lagi, kredit untuk Kementerian Pelancongan dan kerajaan Negeri Kedah atas usaha penambahbaikan ini. 5 Bintang lagi!

Alfatihah untuk Nenda Mahsuri
Dapur Keluarga Mahsuri.
Lokasi Seterusnya; Gunung Mat Cincang.

Di sini juga membuktikan usaha pelancongan sangat giat dijalankan. Dari semata-mata kereta kabel, kawasan ini telah menjadi sangat-sangat menarik dengan pembinaan 'perkampungan oriental' di kawasan sekitar kereta kabel ini. Pertambahan berbanding lawatan aku yang terakhir; jambatan gantung antara 2 puncak, silalah uji tahap kegayatan anda di sini.

Lokasi seterusnya; Telaga Air Hangat.

Secara dasarnya, kawasan ini telah menjadi sangat cantik dan menarik. Satu usaha yang sangat membanggakan untuk tujuan pelancongan. Tapi sayangnya ia tidak dihargai 'pelancong' walaupun masuk adalah percuma. Penat berjalan memang seronok untuk anda rendamkan kaki di air 'hangat'.
Tidak seperti kolam air panas yang lain, fasiliti di sini sangat selesa dan menyenangkan.

Jika masih ada kesempatan masa, silalah melawat pantai pasir hitam dan taman buaya.

Tak sempat? Baliklah, feri terakhir jam 7pm. Cabuutttt...!!!

Apapun, Kedah dan Langkawi memang layak untuk dapat 5 Bintang walaupun sekadar 'day trip'.

Sekian, terima kasih.

as-salam
1.30pm Puchong, Selangor.

2 comments:

  1. kat air hangat tu bestla juga..tp air dia dok bertakung kat situ, so kolam2 dia agak kotor skit..tu kena wat sesuatu kasi bersih kolam2 tu..takdela berlumut sgt nooo.. :)

    ReplyDelete
  2. Ye laa...pasal takde orang datang...tempat tu kelihatan 'terbiar' laaa...

    ReplyDelete