Sunday, March 18, 2012

[Ulasan Filem] Battlefield Heroes

Sebuah filem aksi komedi Korea tahun 2011 yang memaparkan kisah peperangan pada abad ke-7.

Perang antara sebuah negara kecil di selatan Korea, Shilla menentang sebuah negara yang lebih besar di utara, Goguryo. Namun Shilla membuat pakatan dengan Dinasti Tang di China sambil menjanjikan daerah Baekje sebagai perjanjian.

Poster - Ihsan Wikipedia
Plot yang menarik apabila General utama Goguryo mati di dalam satu petempuran lalu mewariskan misi seterusnya kepada anak keduanya Yeon Nam-Geon yang lebih 'bersemangat' juang berbanding anak sulungnya Yeon Nam-Saeng yang lebih suka memilih jalan perundingan.

Konflik menjadi lebih hebat apabila Nam-Saeng diusir dari kem Goguryo dengan menggunakan 'catapult' ke kem tentera Shilla. Nam-Saeng telah menjadi penasihat utama kepada Jeneral tentera Tang, ini telah membimbangkan Ketua Jeneral Shilla yang mempunyai niat untuk memenangi peperangan tanpa menggunakan bantuan tentera Tang.

Sub-plot (agak penting hingga menjadi plot utama) yang menimbulkan kelucuan apabila tentera kerahan Shilla dari Baekje; Thingamajig lakonan Lee Mun Shik tertangkap sewaktu serangan ke kubu Goguryo. Dengan penuh perasaan dia telah menyampaikan 'mesej' melalui corong pembesar suara untuk menjatuhkan semangat tentera-tentera kerahan Shilla yang lain. Sebagai balasan hajatnya untuk 'berkahwin' ditunaikan. Satu-satunya wanita yang ada di dalam kem tentera Goguryo adalah Gap-Sun lakonan Seon Woo-seon.

Seon Woo-seon
Lee Mun Shik
Secara keseluruhan cerita ini mempunyai plot dan subplot yang ringan dan ringkas. Aksi yang tidak keterlaluan seperti filem-filem epic yang lain. Tiada adegan pancung-pancung, atau tangan dan kaki berpisah dari badan.

Namun, dari segi 'jumlah' pelakon tambahan filem ini harus dipuji (jika dibandingkan dengan filem melayu). ;-p

Rekabentuk set juga kelihatan bersungguh-sungguh walaupun sekadar khemah perang dan kubu batu. Pakaian tentera juga tahap 5 Bintang, cukup dengan kotoran, rumput kering dan lumpur. Sangat bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment