Monday, March 26, 2012

[Ulasan Filem] Seefood

Kawan tak makan kawan!

Sebuah filem animasi kolaborasi Silver Ant Production dan Al-Jazeera's Children Channel.

15 minit pertama filem animasi ini memang akan membuatkan orang berfikir, "Gileeee slow cite nih."

Oleh kerana saya menonton filem ini bersama anak-anak, maka penilaian saya banyak bersandarkan kepada 'tindak balas' dan respon daripada mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, permulaan cerita membuatkan saya berpandangan dengan isteri saya, dia pun berbisik, "Apa nih?"  Bosan yang tak dapat disorok. Firzanah dipangkuan saya asyik menikmati "pop corn" diselang selikan dengan meneguk air. Wah, santai 'anak dara' saya ni.

Tetapi selesai menghabiskan "pop corn" dan air, dia minta untuk duduk di 'arm rest' di antara saya dan isteri, duduk gaya santai sambil menonton. Okay, dia sedang asyik.



Berkat ketekunan memerhatikan babak demi babak. Akhirnya, cerita sampai juga ke bahagian 'sedikit' lucu dan sulaman mendebarkan tahap minor.

Namun memerhatikan cerita ini secara keseluruhan, ia mengisahkan persahabatan antara Julius si 'white tip shark' dan Pup si 'bamboo shark' bersama beberapa spesis hidupan laut seperti Mertle si penyu, Octo si octopus, dan Spin si Pari.. Dua spesis jerung yang jauh berbeza sifat walaupun dari 'keluarga' besar yang sama.


Cabaran apabila 'adik-adik' Pup ditangkap oleh penjarah-penjarah spesis terancam laut. Pup begitu bersemangat untuk menyelamatkan mereka. Julius yang tidak sanggup untuk membiarkan kawan baiknya berjuang bersendirian cuba untuk membantu.

Ada sedikit 'politik' dari laut dalam, sepasukan crayfish diketuai belut elektrik cuba untuk menjadikan spesis-spesis laut lain sebagai 'kenduri' mereka. Untuk mencapai impian itu, mereka harus membuatkan Julius si white tip shark untuk pergi jauh dari kawanan itu. Spin yang selama ini hidup dalam ketakutan, takut dimakan oleh Julius, bersekongkol dengan Murray untuk memastikan Julius pergi jauh.

Animasi untuk kanak-kanak tidak salah mempunyai 'unsur' tidak logik dan ya, filem ini ada elemen itu. Tidak logik apabila Octo 'bijak' membuat mesin untuk mereka naik ke darat. Tidak logik apabila si Pup mampu menolak troli berisi air ke laut. Dari unsur tidak logik ini timbul kelucuan. Jadi, biarkanlah. :)


Apa pun, lima bintang untuk hasil kerja animasi yang sangat cantik bagi saya. Tiga bintang untuk jalan cerita yang 'agak' menarik, sekurang-kurangnya si ayah dan si ibu ada sesuatu untuk ditonton, tidak hanya menemankan anak-anak. Tiga bintang lagi untuk usaha memperkenalkan 'panorama' Malaysia.

Penilaian dari anak-anak; asyik dan tekun, leka dan tidak 'sebosan' menonton filem Captain Amerika: The First Avenger. :)

No comments:

Post a Comment