Sunday, March 18, 2012

[Ulasan Filem] Soundtrack - Hindi Movie

Memaparkan sebuah kisah sebenar seorang penggubah lagu yang pekak. Ya, semua orang pun tahu tentang ini, lebih-lebih lagi tentang Beethoven.

Apa yang menarik tentang filem ini?

Raunak Kaul lakonan Rajeev Khandelwal, seorang penggubah muzik yang sangat-sangat menggemari muzik. Mewarisi bakat dari mendiang ayahnya, Parth Kaul. Bukan setakat bakat menggubah malah 'bakat' ketagihan arak serta rokok dan dadah yang sangat melampau.

Tiada 'konflik' yang menyayat hati sehingga dia kehilangan deria pendengaran. Kekurangan yang sama seperti lelaki yang 'mati pucuk' bagi seorang penggiat industri muzik.

Soundtrack - What the F!
Dari minit pertama cerita ini semuanya berkisar kerjaya Raunak di kelab malam serta kehidupan sosial yang penuh dengan parti dan keseronokan. Tak bagus!

'Turning back' cerita ini apabila dia mula sedar betapa hidup perlu diteruskan walaupun tidak mampu mendengar. Dia cuba untuk belajar bahasa bibir dari seorang gadis yang sejak lahirnya telah mengalami cacat pendengaran, Gauri lakonan Soha Ali Khan.

Kisah cinta bermula setelah sejam 15 minit. Hebatkan? Sesuatu yang jarang berlaku dalam cerita hindustan.

Si Pekak Gauri.
Antara 'key point' pengarah cerita ini untuk membezakan si gadis yang pekak sejak lahir dan si jejaka yang baru pekak ini adalah sebutan 's' yang ala-ala Shiela Majid. "Syaya syuka syayang syaya". ;-p

Si Hero Pekak
Cerita yang agak menginspirasikan, tapi terlalu dibayangi kisah Ludwig Beethoven, si penggubah lagu yang juga pekak.

Moral cerita, jangan 'over' kalau sedang di puncak kejayaan. Teringat si Jalut yang dok cakap telinga dia pun hampir-hampir 'hilang' pendengaran. ;-p

No comments:

Post a Comment