Bahasa di dalam filem ini 90% menggunakan bahasa inggeris, sekali sekala terdengar bahasa-bahasa tempatan tamil, telegu, hindi dan malayalam.
Secara dasarnya, filem ini memaparkan kisah sebuah empangan 'lama' yang telah bertahan sejak ratusan tahun. Namun seperti kita semua sedia maklum, Hindustan dan kisah cinta adalah sesuatu yang sukar dipisahkan. Di sebalik lamanya empangan ini terselit sebuah kisah cinta ter'halang'.
Poster yang agak menarik |
Satu daripada contoh 'petaka' yang menimpa dek kerana cinta terlarang ini, ibu Vinay mati di saat antara mereka timbul berahi tatkala keduanya berlatih berlawan pedang. ;-) Itu baru berahi...
Vinay by Vinai Rai |
Setelah sekian tahun lamanya, Vinay pulang ke kampung halaman untuk bertemu ayahnya demi mengubati anaknya Samuel yang menghidap penyakit kencing manis. Cinta lama berputik kembali apabila bertemu Meera yang masih setia menemankan ayah mereka.
Meera by Vimala Raman |
Cinta lama antara Vinay dan Meera yang berputik kembali telah menyebabkan mereka melakukan hubugan terlarang. Nafsu mendepani segalanya. Langsung, sama ada secara kebetulan atau kerana 'petaka' Vinay dan Meera, empangan baru itu terdapat beberapa kebocoran. Suasana semakin kalut apabila hujan turun dengan lebatnya. Adakah hubungan terlarang ini benar-benar membawa 'petaka'?
Di ukur dari sudut konfliknya, cerita ini ada kekuatan. Dari sudut pemilihan pemainnya, ada antara mereka yang gagal membawakan watak dengan baik. Dialog kedengaran agak janggal. Walaupun oleh pelakon-pelakon berkulit putih sendiri.
Satu-satunya kekuatan filem ini, penggunaan set yang sangat baik, bersih dan kemas. Bandar dengan bangunan yang teratur dan tersusun. Kesan khas tidak banyak, hanya saat limpahan air yang banyak menghanyutkan bandar. Tapi itu sudah cukup dan bersesuaian.
No comments:
Post a Comment