Monday, November 26, 2018

Keibubapaan

bukan setakat fekah sahaja yang menimbulkan polemik, perbezaan pendapat, ada banyak perkara lain dalam hidup ini kita berbeza pendapat, itu tak jadi masalah, yang jadi masalah bila semua produksi pendapat kita sahaja yang benar, daripada orang lain, kita tentang, kita bangkang, bukan biasa², keras dan membingungkan...

parenting atau keibubapaan juga antara yang tidak sunyi dari polemik pelbagai 'mazhab' dengan tumbuh ramai sifu² yang cuba berkongsi tips dan panduan mendidik anak².

aku cuma merasakan, anak kita, dari keluarga kita, darah dan daging kita, dari bawah bumbung rumah kita, tak akan sama dengan anak sifu² yg lahir di bawah bumbung yang berbeza.

mana nak tahu, anak bukannya suatu yang empirikal, mesti lakukan A untuk dapatkan B, ia adalah abstrak, kau lakukan A mungkin jadi B, datang atok dan neneknya, bawa 'acuan' mereka sedikit, tiba² jadi D, datang pula tokwan dan tok akinya, mana tahu jadi R, belum campuran acuan kejiranan, adik beradik, engkau sendiri, engkau bukan sifu, engkau hanya pembaca buku parenting yang sedang kagum dengan cerita² sifu² itu. .

namun tips yang paling hakiki, dengan namanya keibubapaan, mestilah persefahaman ibu dan bapa itu sendiri, kalau ibu tak pernah setuju dengan bapa dan bapa asyik bekeng dengan ibu, maka itu hanya menghasilkan keibuan atau kebapaan sahaja, duduk berbincanglah semula, kerana keibubapaan anda tidak kemana, percayalah! . .

Encik Pejal
*bukan pakar parenting
*hanya ayah ber'anak' 7

No comments:

Post a Comment