Sunday, November 18, 2018

Majlis KONVO Pra-Sekolah: Suatu Permulaan

Majlis KONVO Pra-Sekolah: Suatu Permulaan


Trend mengadakan majlis konvokesyen di peringkat pra-sekolah bukanlah sesuatu yang baru.
.
untuk aku yang tak pernah merasa pra-sekolah, tadika, mahupun taska, hanya sekadar 'home-schooling' bersama kaklong, kakngah, ayah dan CikAni (adik ibu) memang tak faham apa kefungsian dan tujuan majlis konvo ini.
.
tapi satu yg aku jelas dan faham, majlis ini sangat bagus untuk mempromosikan tadika² swasta serta mempamerkan kemampuan dan upaya sekolah² tadika itu.
.
walau apa pun, rakan² ibubapa sekalian, raikanlah hari sibuk guru² tadika ini mempersiapkan anak² anda, setelah penat mendidik setahun, mereka 'bonus'kan lagi dengan melatih anak² membuat persembahan.
.
akhir kata dariku seorang yg 'tak sekolah' tadika ini, Let's enjoy!!!

Encik Pejal,
Bapa yg tak sekolah (tadika).

[TIPS] Tips untuk 'rasa' kurus!


Tips untuk 'rasa' kurus!



1. Lapar, berlapar akan buat kita rasa sangat kurus dan rasa boleh makan dengan banyak, sebanyak²nya. Tapi, kalau tak sempat lapar, asyik makan sahaja, insya'allah jangan kata nak kurus, 'rasa' kurus pun tak dapat.
.
.
2. Intermittent Fasting, kaedah ini dah semakin popular sekarang, tapi ada satu masalah, ada banyak benda yang kita mengidam nak makan dalam sehari. Jadi apa kata, kita buat jadual harian apa yang kita nak makan setiap hari, sehari hanya satu hidangan besar sahaja, ala, macam bulan puasa, mana ada orang berbuka puasa 3 kali sehari kan? eh, ke ada? 😋
.
.
3. Berkawan dengan kawan² yang bersaiz besar, memang akan buat anda terasa kerdil dan halus, tapi awas, jangan keluar makan bersama mereka, ia akan meningkatkan keyakinan diri anda untuk makan dengan semahu²nya. Bahaya!!!
.
.
4. Pakai baju bersaiz besar, sekadar untuk rasa kurus, baju bersaiz besar memang membantu, tapi jangan besar sangat yang macam selimut, jangan kata rasa kurus, itu rasa nak tidur. Eh, Umar & Co. Clothing ada jugak baju² saiz besar, jangan risau, kami boleh bantu anda untuk 'rasa' kurus dan ceria!!!
.
.
5. [Updated] Tips terakhir yang paling penting, jangan guna penimbang berat, namanya pun dan penimbang berat, jadi dia tak akan buat anda rasa kurus, yang ditimbang adalah berat anda, jadi elakkan dari menggunakan penimbang. 😎😎😎

Encik Pejal
Pakar Perasan Kurus Anda!!

Wednesday, December 12, 2012

[Ulasan Filem] Wreck-It Ralph

Tiket percuma lagi. Asalnya untuk 2 orang sahaja. Oleh kerana tidak ramai yang sudi untuk menonton filem ini, kami 6 sekeluarga terpaksalah memeriahkan panggung. :)

~~~~

Anda dilahirkan untuk menjadi 'orang jahat'? Konflik yang agak berat bukan? Tidak menjadi hal jika anda menjadi jahat dan popular serta hidup bersenang-senang. Malangnya bagi Ralph, tidak semudah itu. Punca kepada segala 'hal' di dalam filem ini adalah kesedihan kerana terpinggir. Berat rasa itu. Kesungguhan untuk menjadi baik serta keinginan mendapat pujian?

Tugasan Ralph adalah untuk memusnahkan rumah-rumah yang didiami oleh "Nicelander" manakala si pembaikpulihnya adalah Fix It Felix yang dianugerahkan Tukul Ajaib, satu sentuhan mampu membaiki apa jua. Itu mungkin tidak apa-apa. Yang menjadi halnya setiap kali misi si Fix It selesai, Nicelander akan menghumban si Ralph dari bumbung pangsapuri mereka. Adui, dan ia berulang selama bertahun-tahun.

Kunci kepada keindahan cerita ini adalah kisah disebalik 'kaca paparan' permainan video ini. yang dibawakan oleh penulis skrip Anda tidak pernah tahu si Ralph tinggal di longgokan sampah di tepi pangsapuri Nicelander, longgokan sampah itu tidak kelihatan di paparan. Anda juga tidak tahu yang mereka mengadakan parti di kala malam saat kedai arked ini tutup. :P

Sebuah cerita keluarga namun tetap juga disulami konflik dan konspirasi untuk memenuhi jiwa ibu bapa yang menemankan anak-anak.

Filem ini juga turut mempunyai mesej yang sangat bagus. Usah melawani fitrah kejadian. Ia bukan menjadi baik atau jahat. Ia tentang menjadi siapa yang kita perlu jadi.

Penunjuk aras anak-anak? Mereka seronok walaupun filem ini bukan bahasa pertuturan mereka di rumah.

Sekian.

[Ulasan Filem] Tai Chi Zero


Filem kung fu dengan pendekatan yang sangat bersahaja.

Sesuatu yang menarik tentang filem ini hanyalah 'gaya persembahan'.

Menggunakan 'perkataan' 3D untuk menunjukkan di mana pejabat pos, di mana kuil dan nama gunung adalah sangat 'komik' caranya. Bukan itu sahaja, setiap kali kemunculan watak-watak baru, akan ada 'skrin' pengenalan, nama pelakon beserta nama watak yang dibawa.

Plot? Seperti juga filem seni bela diri yang lain. Tidak perlu plot yang penuh silangan konflik, dengan 2 baris ayat saya boleh menceritakan kepada anda apakah sinopsis cerita ini. Ya, benar, filem ini bersifat naratif ringan. Jadi tidak perlu saya 'memusnahkan' perasa filem ini dengan menceritakan apakah jalan ceritanya.

Saranan saya? Tontonilah, kerana ia sangat santai dan menghiburkan. Ia juga memenuhi kriteria 'filem berbaloi ditonton' bagi saya.

Oh, sebelum saya terlupa, filem ini ada sambungan bahagian kedua, itu rahsia yang saya dedahkan. Yang lainnya, nikmati sendiri. :)

Sekian.